sejak akhir-akhir ini

entah mengapa sejak akhir-akhir ini hatiku berbunga-bunga wangi, sewangi bunga lawang yang ku tumis di dalam corningware yang ditenggekkan di atas tungku zanussi di dalam dapur rumah sewa ku ini.

entah mengapa sejak akhir-akhir ini senyumku semanis madu tualang yang ku campurkan ke dalam sarbat kunyit halia untuk ku minum mengganti ubat

mungkin kerana sejak akhir-akhir ini, saiz 28 sudah aku muat
mungkin kerana sejak akhir-akhir ini, luka hatiku sudah terubat ?

1 coretanmu:

Azie said...

geram tau... u dah muat size 28

Post a Comment