Rss Feed

baby ku sayang

oh baby ku sayang
yang busuk masam
pergilah mandi
coz you're so smelly and stinky

oh baby ku sayang
si manja cheeky
jangan lupa gosok gigi
dan cuci rambut sekali

oh baby ku sayang
tak boleh main air
itu membazir
more to pay?
that's not the way
to make my day
a happy day

oh baby ku sayang
mari pakai baju
mari ku sikat rambutmu
harumnya bau
i love you

oh baby ku sayang
yang manja dan mengada-ngada
mami sayang sampai bila-bila
takkan pernah lupa
tak kisah apa jua
apa akhirannya

tautan kasih - babak 1


Sudah sebulan penggal persekolahan untuk tahun itu bermula. Perasaan bercampur-baur masih meresap ke dalam hatinya. Ramai teman baru mula dikenalinya satu persatu. Suasana 1 Mawar menjadi riuh rendah setiap kali ketiadaan guru di kelas.

“Macam budak kecil aje mereka ni” bungkam Tasya melihat perangai rakan-rakan lelaki kelasnya yang mula berbuat jenaka sesama mereka.

Adakala terhibur juga hatinya melihatkan gelagat lucu mereka. Tapi, kalau sudah setiap hari, itu sahaja yang menjadi halwa telinga dan habuan mata, maka tekak pun bagai disumbatkan, meloyakan rungut hati kecilnya.

“Ringggggggggggggggggggggggggggggggg” loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula.

Tasya bingkas bangun keluar kelas bersama-sama teman baiknya, Salmi. Kebetulan mereka ditempatkan dalam kelas yang sama. Mereka berdua tinggal di kejiranan yang sama sejak kecil lagi, malah pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama. Salmi, atau senang dipanggil Amy seorang anak gadis yang comel, berdarah campuran Pakistan. Namun nama Tasya lebih pantas meniti bibir guru-guru dan pelajar yang lain kerana ketrampilan dirinya. Tasya seorang yang pemurah senyuman dan aktif dengan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah itu.

terima kasih

untuk sahabatku yang memaklumkan kepadaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan secebis coretan di blog ini.

kesilapan teknikal itu telah dapat diatasi. ada coretan, pandangan atau kritik sangat dialu-alukan.

terima kasih.

missing you...

i love you, sayang
1-800-i kena geget dengan kumbang windu
tiba-tiba rindu pun datang menggebu-gebu
missing you...mmmuuuaaahhhsss

M day

adudududuh.....!

wonderful morning and so refreshing.

hujan dari malam tadi sampai ke pagi tadi, syoknye....nyaman aja. kamek aja tek yang layap dari tadi, melayan faizal tahir dan yuna kat tepon tangan. sidak duak nyanyi, kamek betul-betul suka.

mmmm....malas tul kamek mok polah apa-apa. Laki pun sikda, nya udah gek KL marek. Kadang-kadang rindu juak kamek padanya. kadang-kadang kamek ghasa mok erase jak muka yaa ahaks. tok namanya bencinta macam faizal tahir berlagu...

mmmm...mesti juak berkemas rumah tok. segala macam udah barang anak kamek kecil sekali udahnya tikam. abis bersipah-sipah semua. ampun mataku nangga ya. nasib lah laki kamek balit isok.

mmmm....teringat kamek, udah lama jua , nearly 2 weeks, sikda kamek polah sembahyang hajat ka tahajjud ka. manusia memang macam tok, bila nya susah, merayu-rayu minta tolong dengan tuhan. bila nya dah senang, mula yaa layap. layap pada ibadat. cam tok lah kamek...

mmmm....ya tuhanku, boleh sik kamek minta tolong 'hantarkan seseorang' tolong kamek di sia. sakit pala kamek tek. sik tau mok start camney. kamek mok restart tek.




* ni percubaan pertama aku posting dalam kelaka sarawak. mun ada silap, harap maafkan. mun sik paham, just shoot, tanya aja ngan kamek. translation available.

sejak akhir-akhir ini

entah mengapa sejak akhir-akhir ini hatiku berbunga-bunga wangi, sewangi bunga lawang yang ku tumis di dalam corningware yang ditenggekkan di atas tungku zanussi di dalam dapur rumah sewa ku ini.

entah mengapa sejak akhir-akhir ini senyumku semanis madu tualang yang ku campurkan ke dalam sarbat kunyit halia untuk ku minum mengganti ubat

mungkin kerana sejak akhir-akhir ini, saiz 28 sudah aku muat
mungkin kerana sejak akhir-akhir ini, luka hatiku sudah terubat ?

saya tak mau

saya tak mau
saya tak mau
saya lahir tahun harimau
hari hari saya mau
minum teh o limau
kadang kadang air cincau
saya tak mau
biskut lemau
saya suka kuih pau
saya tak mau
orang kacau
nanti saya bagi penampau
saya tak mau
saya tak mau
awak mau?