tautan kasih - babak 1


Sudah sebulan penggal persekolahan untuk tahun itu bermula. Perasaan bercampur-baur masih meresap ke dalam hatinya. Ramai teman baru mula dikenalinya satu persatu. Suasana 1 Mawar menjadi riuh rendah setiap kali ketiadaan guru di kelas.

“Macam budak kecil aje mereka ni” bungkam Tasya melihat perangai rakan-rakan lelaki kelasnya yang mula berbuat jenaka sesama mereka.

Adakala terhibur juga hatinya melihatkan gelagat lucu mereka. Tapi, kalau sudah setiap hari, itu sahaja yang menjadi halwa telinga dan habuan mata, maka tekak pun bagai disumbatkan, meloyakan rungut hati kecilnya.

“Ringggggggggggggggggggggggggggggggg” loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula.

Tasya bingkas bangun keluar kelas bersama-sama teman baiknya, Salmi. Kebetulan mereka ditempatkan dalam kelas yang sama. Mereka berdua tinggal di kejiranan yang sama sejak kecil lagi, malah pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama. Salmi, atau senang dipanggil Amy seorang anak gadis yang comel, berdarah campuran Pakistan. Namun nama Tasya lebih pantas meniti bibir guru-guru dan pelajar yang lain kerana ketrampilan dirinya. Tasya seorang yang pemurah senyuman dan aktif dengan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah itu.

0 coretanmu:

Post a Comment